Tuesday, September 8, 2015

Timbul Kembali....

Lama gila menyepi dari memblogkan diri... kesibukan kerja dan perniagaan skang ni memang terasa 24 jam sehari tak cukup... dulu asyik tidur je... skang baru tahu betapa berharganya masa... sehari 3-4 jam je tidur skang ni... tu pun masih terasa masa tak cukup... kekadang my lovely wife pun ada jgk menegur... katanya aku terlalu sibuk payah nak ada masa untuk family... tapi aku terpaksa membahagikan masa untuk kerja-business-keluarga-hobi... tang hobi pun terpaksa kurangkan dah... my Z-Eight pun dah lama tak keluar dari tempat parking dia... skadar panaskan enjin dan basuh je... harga yang terpaksa dibayar bagi memastikan keluarga mendapat segala keperluan...

Apa Progress Terkini??
Progress terkini yang paling top adalah Villa Impian dah kami duduki sejak seminggu sebelum puasa... Tahun lepas tambah sorang lagi putera Muhammad Fadhlan Putra... menjadikan 1 Puteri 2 Putera...



Tuesday, July 15, 2014

Taklimat SSQSV3

Sesi taklimat SSQS V3 di PKG Ayer Lanas

Thursday, July 10, 2014

Progress Minggu ke 4 Pembinaan Istana Cinta Kami

Dah lama dah ingat nak post pasai Istana Cinta kami ni... hari ni baru berpeluang... macam-macam kesibukan melanda... nah kali ni nak update sket pasal Istana Cinta kami... dah start bini 4 minggu dah... luas dalam 2500 kaki persegi... lokasi dekat kampung halaman aku Tanah Merah...

Wednesday, July 9, 2014

Dugaan Ramadan

Ramadan kali ni aku diuji dengan satu ujian yang amat menginsafkan... sesungguhnya jika Allah nak turunkan musibah hanya sekelip mata... tapi Alhamdulillah ujian ini hanya sekadar peringatan Allah buat diriku... Isteri dan anak dalam kandungan selamat... ceritanya Ahad 6 Julai 2014 aku terpaksa bawa abah untuk pemeriksaan rutin di HPRZ II... Isteri plak bertegas nak gi kerja jgk tanpa aku... so dia drive la sendiri gi kerja... dia ni ada masalah anemia aka kurang hemoglobin... dan mudah tertidur... dan sesaat dia terlelap masa perjalanan balik kerja merempuh hilux di seberang jalan... Alhamdulillah xde apa yg serius hanya kereta kesayangan ku remuk teruk... apapun syukur isteri dan anak dalam kandungan selamat...

Sunday, April 27, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah....
Setelah sekian lama tak menyentuh shutter kamera aku... akhirnya aku berpeluang bersama-sama rakan-rakan NikonClub Malaysia.... Alhamdulillah... aku berjaya menempatkan diri dalam 6 photo terbaik walaupun sekadar hadiah saguhati.... kemenangan ni sangat tak di duga kerana penyertaan photo-photo dari otai-otai berbisa dan photo mereka sangat hebat dan menyebabkan diriku terasa kecil... apapun rezeki itu ketentuan Allah.... Alhamdulillah atas kurnia dan nikmat yang diberikan padaku....


Kepada pemilik kamera nikon yang original dan bukan grey set.... tak kira DSLR atau Compact... jika anda berada berdekatan dengan Tanah Merah... rajinkanlah diri anda untuk membelek halaman cyber NikonClub Malaysia... kerana mungkin NikonClub Malaysia akan menganjurkan GT Bazar Ramadhan Tanah Merah di Dataran Pechong sekitar bulan Ramadhan nanti.... jangan lepaskan peluang keemasan yang julung-julung kali ini... layari https://www.nikonclub.com.my untuk maklumat lanjut...