Sunday, April 27, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah....
Setelah sekian lama tak menyentuh shutter kamera aku... akhirnya aku berpeluang bersama-sama rakan-rakan NikonClub Malaysia.... Alhamdulillah... aku berjaya menempatkan diri dalam 6 photo terbaik walaupun sekadar hadiah saguhati.... kemenangan ni sangat tak di duga kerana penyertaan photo-photo dari otai-otai berbisa dan photo mereka sangat hebat dan menyebabkan diriku terasa kecil... apapun rezeki itu ketentuan Allah.... Alhamdulillah atas kurnia dan nikmat yang diberikan padaku....


Kepada pemilik kamera nikon yang original dan bukan grey set.... tak kira DSLR atau Compact... jika anda berada berdekatan dengan Tanah Merah... rajinkanlah diri anda untuk membelek halaman cyber NikonClub Malaysia... kerana mungkin NikonClub Malaysia akan menganjurkan GT Bazar Ramadhan Tanah Merah di Dataran Pechong sekitar bulan Ramadhan nanti.... jangan lepaskan peluang keemasan yang julung-julung kali ini... layari https://www.nikonclub.com.my untuk maklumat lanjut...



Sunday, April 20, 2014

Minggu yang sibuk....

Lama x membelog dek kerana rutin harian yang makin padat... di tambah pulak dengan anak-anak tidak berapa sihat... namun kehidupan mesti diteruskan dengan penuh kesabaran dan keimanan... caiyok!!! Sepanjang beberapa minggu ni terpaksa di kurangkan aktiviti bermotosikal... kena lebih masa untuk keluarga memandangkan rutin harian semakin padat... tiada lagi tts bersama rakan2 bikers sesudah balik kerja.... petang kena luangkan masa untuk anak2... hujung minggu pun kalau xde event yang menarik mmg x ikut ride...
Di tambah pulak dengan jawatan baru di amanahkan kepada aku... Penolong Pesuruhjaya Daerah (PKK)... Kepercayaan yang diberikan perlu dibalas dengan kerja keras dan amanah... sepanjang beberapa minggu ni sempat bersama NikonClub Malaysia di GT Karnival Seni Kebudayaan Kelantan dan bersama rakan2 bikers di Karnival 30 Tahun SMK Sains Machang...