Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Sembahyang


Benar atau Tidak... itu tidak penting... yang penting kepercayaan kita kepada Allah dan berpegang kepada Rukun Islam dan juga Rukun Iman. Saya amat terkilan apabila pihak yang dikatakan menjumpai sejadah sedang sembangyang ini menghebahkan kepada media tentang kejadian aneh ini tanpa mengambil kira persepsi masyarakat tentang isu ini. Sebelum kita menghebahkan perkara pelik sebegini, kita perlu memikirkan dulu implikasi daripadanya. Saya tidak mengatakan semua ni karut, tetapi kejadian ini agak meragukan dan ada juga kemungkinan di buat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hebahan ini mungkin akan mengakibatkan mereka yang baru mengenali Islam melabelkan Islam sebagai agama fantasi sahaja. ini akan memberikan kesan buruk terhadap imej agama Islam dan umatnya. Jangan kerana tindakan kita ini memberi gambaran buruk kepada agama kita.