Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Sembahyang


Benar atau Tidak... itu tidak penting... yang penting kepercayaan kita kepada Allah dan berpegang kepada Rukun Islam dan juga Rukun Iman. Saya amat terkilan apabila pihak yang dikatakan menjumpai sejadah sedang sembangyang ini menghebahkan kepada media tentang kejadian aneh ini tanpa mengambil kira persepsi masyarakat tentang isu ini. Sebelum kita menghebahkan perkara pelik sebegini, kita perlu memikirkan dulu implikasi daripadanya. Saya tidak mengatakan semua ni karut, tetapi kejadian ini agak meragukan dan ada juga kemungkinan di buat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hebahan ini mungkin akan mengakibatkan mereka yang baru mengenali Islam melabelkan Islam sebagai agama fantasi sahaja. ini akan memberikan kesan buruk terhadap imej agama Islam dan umatnya. Jangan kerana tindakan kita ini memberi gambaran buruk kepada agama kita.

1 comment:

  1. sya bru terjumpa blog saudara, isu ini sudah lma dn bg sya tiada istimewanya krn perkra ini bleh dibuat oleh sesiapa pun.. sebagai contoh dulu semasa sya msa lg remaja, di surau kg sya ketika menunggu waktu isyak, ramai bdak2 bermain di ruang solat dan mereka bermain dgn sejadah dan telah membuat seperti gambar di atas,. apa yang mereka lakukan, sejadah yg dibentang kemudian ditarik di bahgian tgah dn dlepaskan maka seolah brdri la ianya.. tiada yg misteri dlm hal ini..

    ReplyDelete