Sunday, June 21, 2009

Majlis Perkahwinan

Ramai kengkawan yang mintak nak tengok gambar kahwin aku... tapi masalahnya gambar cameraman tu bagi dalam DVD dan pc ni drive dia rosak... so sorry la kengkawan...Tapi takpe... bagi tak mengecewakan korang, aku cilok gambar dari blog kakak aku and ada sket gambar daripada picasaweb Ramdhan (si ular taipan @ my best friend).... so ni la antara gambar-gambar yang dapat di hidangkan...

Majlis Akad Nikah

Majlis Persandingan

Majlis Menyambut Menantu

Friday, June 19, 2009

Hidangan Istimewa Masyarakat Melanau Sarawak

Ulat Mulong
Dipetik dari blogger lain....

Apa itu ulat Mulong?

"This worm is known as ulat mulong or sago worm or grub, a famous delicacy in Sarawak. Ulat mulong if leave matured will turn into the beetle, a family of Rhinchophoridae or large weevils.
According to some people, to cultivate this ulat mulong, the sago palm will be fell and purposely left to rot. This rotten palm wills soon invaded by the ulat mulong weighted up to 8 gram per ulat mulong.
Ulat mulong believe to contain 3-7 % of protein, 10-30% fat and the rest is water. In Sarawak, Sibu is the heaven for this delicacy."


Hukumnya halal atau haram?

Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin"
Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya. Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Kehidupan Baru...

Kehidupan baru.... Apa yang baru??? Apa yang berubah???

Kerjaya
Aku kini bukan lagi engineer, aku dah penat jadi mesin pengeluaran produk bagi menjadikan orang lain lebih kaya, sedangkan aku merempat. Aku kini seorang engineer manusia (cikgu la dol!!!) yang mana mengikut jejak langkah Abah menjadi pendidik anak bangsa.

Status
Aku kini sudah berpunya… dengan kata lain sudah menjadi suami dan bukan lagi anak bujang yang boleh keluar malam sesuka hati. Tanggungjawab dah besar dan tanggungan juga besar. Ya Allah… berikanlah daku kekuatan mengemudi bahtera keluarga ku ini. Jadikanlah aku seorang yang sabar dan bijaksana dalam menghadapi cabaran sebagai seorang suami.

Lokasi
Aku kini berada nun jauh merentas Lautan China Selatan… jauh di Pendalaman Sarawak… dalam komuniti Iban dan Melanau yang sebelum ini agak asing bagi aku… Sekarang “ aku nemu jaku iban”