Tuesday, March 20, 2012

Selamat Jalan Adikku Sayang.....



19 Mac 2012:
Tarikh hitam dalam hidup aku..... akan aku kenang selalu.... tewasnya adik Yuyu.... terkulai layu...... hatiku sayu....
2009.... Yuyu dikesan mengidap CA Ovari dan terpaksa dibedah segera akibat tumornya pecah... tetapi pembedahan gagal kerana pendarahan yang tidak terkawal..... Yuyu dimasukkan ke wad ICU HPRZ II.... kalau tak silap 2-3 kali dia masuk ICU....
2010-2011... Berkali-kali pembedahan dan siri kemoterapi... tetapi hampa.... mencuba ubat ajaib "Monavie" tetapi juga hampa....
2012.... Yuyu mula rawatan radioterapi.... serangan kanser ke hati dikesan semakin memburuk.... dan akhirnya...... Kepada Pencipta Yuyu Kembali.... Kembali Tidak Kembali Lagi......
Aku terkilan... walaupun dalam gurauan dia minta D5100 kepunyaan aku.... aku kata nanti aku dapat keluarkan duit KWSP... aku beli 1 kat dia..... belum sempat aku dapat duit KWSP tu.... dia dah pergi.... kenapa aku tak bagi kamera aku tu???......... KESAL.....