Tuesday, July 15, 2014

Taklimat SSQSV3

Sesi taklimat SSQS V3 di PKG Ayer Lanas

Thursday, July 10, 2014

Progress Minggu ke 4 Pembinaan Istana Cinta Kami

Dah lama dah ingat nak post pasai Istana Cinta kami ni... hari ni baru berpeluang... macam-macam kesibukan melanda... nah kali ni nak update sket pasal Istana Cinta kami... dah start bini 4 minggu dah... luas dalam 2500 kaki persegi... lokasi dekat kampung halaman aku Tanah Merah...

Wednesday, July 9, 2014

Dugaan Ramadan

Ramadan kali ni aku diuji dengan satu ujian yang amat menginsafkan... sesungguhnya jika Allah nak turunkan musibah hanya sekelip mata... tapi Alhamdulillah ujian ini hanya sekadar peringatan Allah buat diriku... Isteri dan anak dalam kandungan selamat... ceritanya Ahad 6 Julai 2014 aku terpaksa bawa abah untuk pemeriksaan rutin di HPRZ II... Isteri plak bertegas nak gi kerja jgk tanpa aku... so dia drive la sendiri gi kerja... dia ni ada masalah anemia aka kurang hemoglobin... dan mudah tertidur... dan sesaat dia terlelap masa perjalanan balik kerja merempuh hilux di seberang jalan... Alhamdulillah xde apa yg serius hanya kereta kesayangan ku remuk teruk... apapun syukur isteri dan anak dalam kandungan selamat...

Sunday, April 27, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah....
Setelah sekian lama tak menyentuh shutter kamera aku... akhirnya aku berpeluang bersama-sama rakan-rakan NikonClub Malaysia.... Alhamdulillah... aku berjaya menempatkan diri dalam 6 photo terbaik walaupun sekadar hadiah saguhati.... kemenangan ni sangat tak di duga kerana penyertaan photo-photo dari otai-otai berbisa dan photo mereka sangat hebat dan menyebabkan diriku terasa kecil... apapun rezeki itu ketentuan Allah.... Alhamdulillah atas kurnia dan nikmat yang diberikan padaku....


Kepada pemilik kamera nikon yang original dan bukan grey set.... tak kira DSLR atau Compact... jika anda berada berdekatan dengan Tanah Merah... rajinkanlah diri anda untuk membelek halaman cyber NikonClub Malaysia... kerana mungkin NikonClub Malaysia akan menganjurkan GT Bazar Ramadhan Tanah Merah di Dataran Pechong sekitar bulan Ramadhan nanti.... jangan lepaskan peluang keemasan yang julung-julung kali ini... layari https://www.nikonclub.com.my untuk maklumat lanjut...



Sunday, April 20, 2014

Minggu yang sibuk....

Lama x membelog dek kerana rutin harian yang makin padat... di tambah pulak dengan anak-anak tidak berapa sihat... namun kehidupan mesti diteruskan dengan penuh kesabaran dan keimanan... caiyok!!! Sepanjang beberapa minggu ni terpaksa di kurangkan aktiviti bermotosikal... kena lebih masa untuk keluarga memandangkan rutin harian semakin padat... tiada lagi tts bersama rakan2 bikers sesudah balik kerja.... petang kena luangkan masa untuk anak2... hujung minggu pun kalau xde event yang menarik mmg x ikut ride...
Di tambah pulak dengan jawatan baru di amanahkan kepada aku... Penolong Pesuruhjaya Daerah (PKK)... Kepercayaan yang diberikan perlu dibalas dengan kerja keras dan amanah... sepanjang beberapa minggu ni sempat bersama NikonClub Malaysia di GT Karnival Seni Kebudayaan Kelantan dan bersama rakan2 bikers di Karnival 30 Tahun SMK Sains Machang...

Tuesday, January 28, 2014

Hari Keluarga Z800 Kelantan Bikers

17 Januari 2014: Z800 Kelantan Bikers telah menganjurkan hari keluarga buat pertama kalinya. Aku x lepaskan peluang untuk together gether dgn adik beradik Z800 Kelate... siap angkut anak bini + anak sedara...
Aktiviti dia memacam... sukaneka... barbeku... karaoke dan paling aku suka kambing golek....


Sunday, January 26, 2014

Kembali membelog.....



Lama gila x membelog ni.... berkabung setelah kematian adinda tercinta.... apapun life goes on....
Apa yang menyebabkan aku kembali membelog????
Dapat berita gembira my wife pregnant anak ke 3 kami....
biarkan kisah duka berlalu dan hidup perlu diteruskan....
Al-Fatehah buat adinda tercinta.....

Apapun aku dah dapat terima hakikat ketentuan Ilahi... Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Apa perkembangan aku???
Huhuhu... dah melalui proses kembang kuncup kembang.... dari berat overweight turun jadi 70kg dan sekarang naik balik jadi 80kg....
Dah selamat berpindah ke Tanah Serendah Sekebun Bunga for good.... sekolah pun boleh ulang-alik... naik keta sejam... kalau naik motor 20 menet.... uhuhuhuhuh.... jangan terkejut.... bukan laju sangat pun bawak motor... average dalam 150km/j je.... kalau naik keta lekat jem tu jadi sejam...
Jawatan tetap dan berpencen masih sama... Penyelaras ICT.


Hobi sekarang dah bertambah... dulu asyik outing photography... sekarang banyak masa habis riding... saper mamat kat sebelah aku tu??? Ni nama dia Yie XJ6... belum berkahwin lagi isteri baru 1....
Kitorang sama-sama dalam group R2R Bikers... bukan kelab ni je aku join... Z800 Kelantan Bikers pun join...