Friday, June 19, 2009

Kehidupan Baru...

Kehidupan baru.... Apa yang baru??? Apa yang berubah???

Kerjaya
Aku kini bukan lagi engineer, aku dah penat jadi mesin pengeluaran produk bagi menjadikan orang lain lebih kaya, sedangkan aku merempat. Aku kini seorang engineer manusia (cikgu la dol!!!) yang mana mengikut jejak langkah Abah menjadi pendidik anak bangsa.

Status
Aku kini sudah berpunya… dengan kata lain sudah menjadi suami dan bukan lagi anak bujang yang boleh keluar malam sesuka hati. Tanggungjawab dah besar dan tanggungan juga besar. Ya Allah… berikanlah daku kekuatan mengemudi bahtera keluarga ku ini. Jadikanlah aku seorang yang sabar dan bijaksana dalam menghadapi cabaran sebagai seorang suami.

Lokasi
Aku kini berada nun jauh merentas Lautan China Selatan… jauh di Pendalaman Sarawak… dalam komuniti Iban dan Melanau yang sebelum ini agak asing bagi aku… Sekarang “ aku nemu jaku iban”

1 comment:

  1. maaf mencelah,

    saya seorang engineer dan insyaAllah akan lama lagi memegang title ini..unless dah naik pangkat jadik menager laa..

    maafkan saya, saya kurang bersetuju dengan engineer2 melayu yg bertukar kerjaya menjadi cikgu. Cikgu merupakan kerjaya yg sangat mulia di mata saya tp saya memandang kepada aspek engineer melayu yg semakin berkurangan di industri.. sapa yg akan mempertahankan hak2 org melayu di industri kalau bukan orang melayu sendiri? Sekarang berapa kerat ja org melayu yg pegang jawatan yg tinggi di kilang2? Operator pengeluaran ja yg banyak.

    ReplyDelete